![]() ![]() |
|||
Rabu, Ogos 30, 2006 Menjauhi GhibahAsalam mualaikum wrt.wbr.Insan yang menyedari kesalahan serta dosa dosa nya,mungkin bertaubat lebih baik dengan cara lebih berbakti kepada orang tua,serta menjadi isteri yang lebih solehah... Olih kerana itu,sebaiknya kita berhati hati,tidak menghina masa lalu sesama kita... Kita tidak akan maju,selama masyarakat memiliki sifat irihati.Jika kita berani berbicara,menge nai kekurangan orang lain...tepuk dada tanya selera,siapa sebenar diri kita? Jangan mudah terpedaya kepada makhluk,yang menyebarkan andaian yang tiada bukti sahih. Akan terjadi suatu saat masyarakat,tiada akan percaya jika ada penyebaran yang berbaur mencela.Apa yang perlu dilakukan,kita harus memberi contoh yang membina. Seharusnya orang yang berpendidikan,tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ghibah.Terkadang manusia tidak sedar mereka sedang berghibah.Dari itu insaflah,bertaubat dan menyedari kesalahan diri sendiri.MasyaAllah...
![]() Isnin, Ogos 28, 2006 Awasi sepuluh pintu syaitanAllah berfirman yang bermaksud: Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. (an-Nisa : 120-121).Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah menguasai diri, seseorang individu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia itu. Berlumba-lumbalah nanti syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati dan memujuk nurani manusia melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: Pertama - melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Kedua - melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan kebenaran. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. Ketiga - melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. (an-Nahl:23) Keempat - sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Kelima - sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat agar menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. Keenam - melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ketujuh - melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia selalunya akan lahir apabila seseorang individu merasakan dirinya sudah sempurna berbanding orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim). Kelapan - melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) Kesembilan - melalui sifat suka berangan-angan. Islam anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehinya. Kesepuluh dan terakhir - melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)
![]() ![]() Sabtu, Ogos 26, 2006 KENANGAN SILAM ...<Assalam mualaikum wr. wrb. Selamat pagi. Semuanya sudah berlalu...hari hari yang ku lalui,tanpa kasih sayang,kefahaman dan keadilan seorang lelaki yang bernama suami.Lelaki yang selama ini, ku dambarkan...hanyalah ketandusan yang ku miliki.Namun aku pasrah apa yang terjadi.Semuanya hanya tinggal kealpaan.Namun aku senantiasa bersyukur kehadrat ilahi,dengan segala ketentuanNya. Bertahun sudah berlalu... namun demi anak anak ku,ku teruskan jua kehidupan ini...hanya kepada Allah swt. sahaja ku himpunkan kemelut kepedihan,yang ku tanggung sendirian selama ini.Hanya kepadaNya ku curahkan penderitaan ku...untuk mendapatkan ketenangan... Alhamdulillah ini dapat ku milikki. Hanya sampai disini,dapat ku luahkan isi hati ku.Sehingga bersua kembali,ku sudahi dengan ucapan,himpunkanlah segala ikhtibar yang Allah swt.lorongkan untuk kita,kerana hanya dengan ini sahaja,menjadikan kesedaran untuk di renungkan...akhir kata ass.mualaikum wr.wbr.
![]() ![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |