![]() ![]() |
|||
|
Sabtu, September 23, 2006 Tinggal rukun ketiga tanpa uzur syarie, boleh dihukumRasulullah saw. bersabda yang maksudnya: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Puasa adalah perkara 'dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dihukum. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan melakukannya (sebelum Ramadan). Puasa sebenarnya dikatakan pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan godaan sepanjang Ramadan berlangsung. Ramadan dikenali juga bulan prestasi kerana Allah memberikan kesempatan kepada orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya bahkan pada bulan ini semua kegiatan yang harus di sisi syarak dikira ibadat kepada Allah . Puasa yang dilakukan dengan ikhlas bernilai 10 kebajikan (atau lebih). Oleh itu, orang yang puasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Ia disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Kita hendaklah benar-benar berusaha supaya tidak ada waktu berlalu tanpa amal sepanjang Ramadan ini kerana Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||