![]() ![]() |
|||
Isnin, Januari 29, 2007 BERPUASA PADA HARI ASYURAIbnu Abbas ra berkata:"Apabila Nabi saw telah berhijrah keMadinah,baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura".Baginda bertanya:"Puasa apakah anda pada hari ini?"Orang-orang Yahudi itu menjawab:"Hari ini hari besar.Pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun bersama tenteranya.Maka nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari ini.Maka kami pun berpuasa". Nabi saw menjawab:"Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak Nabi Musa as daripada kamu sekelian".Lalu Rasullullah saw berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa juga pada hari tersebut. Berpuasa pada tanggal 10 Muharam amat besar fadilahnya kerana menurut sebuah hadis ia dapat"menghapuskan dosa setahun yang lalu". Digalakkan umat Islam yang sihat berpuasa pada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam. Usah berpuasa pada 10 Muharam sahaja kerana ia menyerupai amalan orang Yahudi.
![]() SIFAT-SIFAT MANUSIAMenurut Imam Ghazali dalam kitabnya,Ihyaa Ulumuddin,beliau menerangkan,bahawa punca perbuatan maksiat atau dosa,berasal daripada empat sifat, iaitu:1] Sifat Rububiyah: Daripada kumpulan sifat-sifat ini,muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar seperti riak, sukakan pujian,takbur,cintakan pangkat,kepimpinan dan pengaruh,suka memaksa,sukakan kekayaan,menghina,merendahkan orang lain dan sebagainya. 2] Sifat Syaitaniah: Daripada sifat ini,muncul perangai dengki,zalim,tipu muslihat,mengajak kepada kerosakan, kemungkaran,hipokrit,menyeru kepada bidaah,sesat dan seumpamanya. 3] Sifat Bahimiyah[kebinatangan]: Daripada sifat ini,muncul sikap tamak,rakus,garang,gemar memuaskan syahwat yang menyebabkan,wujudnya perbuatan zina,liwat,homoseks,memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya. 4] Sifat Subuiyah[kebuasan]: Daripada sifat-sifat ini,timbul perbuatan marah,dendam,menceroboh,memaki,bergaduh, membunuh dan memusnahkan harta. Menurut beliau lagi,punca utama daripadanya, mengalir perbuatan-perbuatan dosa keanggota badan dan hati,lantas mewujudkan perbuatan dosa seperti kufur,munafik dan sebagainya. Dosa pula terbahagi kepada pelbagai kategori,seperti dosa hamba terhadap Allah swt,meninggal kan solat,puasa,kewajipan khusus adalah termasuk didalam kategori dosa terhadap Allah swt. Dosa terhadap sesama hamba pula adalah berkaitan dengan hak-hak manusia,seperti tidak membayar zakat,membunuh,merampas harta,memaki,menuduh,memfitnah dan lain-lainnya dan ini terbahagi kepada dua,iaitu dosa besar dan kecil.Antara perihal dosa yang digariskan oleh ulama,sebagai panduan ialah: A] Dosa kecil menjadi besar jika ia dilakukan secara berterusan dan tidak berazam untuk meninggalkannya. B] Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil tetapi sebaliknya jika dianggap besar,maka ia menjadi kecil disisi Allah swt.Ini disebabkan kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpalingnya hati daripada perkara dosa tersebut. C] Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang berilmu dan diikuti oleh masyarakat. Oleh sebab itu,seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa dan menyembunyikan sekiranya terlajak melakukan dosa.
![]() ![]() Selasa, Januari 23, 2007 MATLAMAT HAJI MABRURUmumnya setiap jemaah berdoa agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna,disamping memperolehi "haji mabrur"[haji yang diterima oleh Allah swt.].Ramai bertanya apakah haji mabrur?Bagaimana memperolehinya?Apakah pula petanda seseorang meraih haji mabrur? Sebenarnya,menghayati falsafah haji dan rahsia didalamnya,dapat membantu jemaah mempersiapkan diri bagi memastikan ibadah itu dilaksanakan dengan sempurna disamping mendapat keredhaan Allah swt. Sebelum bertolak ketanah suci,umat Islam perlu memulakan azam,melatih dan mengubah diri agar dapat membuang sifat negatif dan menghidupkan roh haji.Ibadat haji perlu dilaksanakan dengan niat ikhlas serta ditunaikan secara sempurna. Umat Islam yang memahami hakikat ibadat haji dan melaksanakannya dengan keimanan serta penuh penghayatan akan beroleh kebahagiaan. Lazimnya,saat setiap manusia dilahirkan hingga dia meninggal dunia,ini dipanggil alam"hayyah" [alam dunia].Ia menjadi jawapan atau menentukan kepada balasan yang akan diterima melalui tiga alam lain,iaitu alam kubur,alam kiamat dan alam mahsyar. Jika kehidupan kita didunia,bukan sebagai hamba Allah swt.kita akan menerima tekanan dalam kubur sehingga kiamat.Alam mahsyar pula akan memperlihatkan dua kumpulan manusia, kumpulan yang bermuka putih dan kumpulan yang bermuka hitam. Kumpulan manusia yang bermuka putih kerana mengamalkan ajaran Islam dengan baik, senantiasa membasuh wajah dengan "wuduk"[air sembahyang]disepanjang masa sehingga mereka meninggal dunia.Kumpulan manusia yang bermuka hitam pula,mereka tidak beribadat kepada Allah swt. Gambaran mengenainya,ditegaskan oleh Allah swt. dalam firman -Nya:"Ingatlah akan hari kiamat yang padanya ada muka orang menjadi putih berseri dan ada pula muka orang yang menjadi hitam legam.Adapun orang yang hitam legam mukanya,mereka akan ditanya dengan cara menempelak kepadanya,patutkah kamu kufur ingkar sesudah lama beriman?Oleh itu, rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran itu!"[Surah Ali-Imran:Ayat 106]. Memahami hakikat alam yang dilalui roh,akan menyedarkan umat Islam,bahawa tujuan mereka menunaikan ibadat haji,bukan sahaja untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima,malah sebagai persediaan menempuh alam yang hakiki. Tertib menunaikan ibadah haji untuk memperolehi haji mabrur,merupakan matlamat utama setiap jemaah.Antara adab yang perlu diberikan perhatian adalah niat suci,bertaubat,mencari keredhaan Illahi,perbelanjaan halal,membawa bekalan secukupnya serta meminta maaf daripada anggota keluarga,sahabat handai dan tetangga. Matlamat haji mabrur sebenarnya tidak berakhir ditanah suci.Ia dapat dibuktikan dalam kehidupan sehari-hari setelah jemaah pulang kenegaranya. Andai kehidupan harian jemaah membawa perubahan baik,berbanding sebelum menunaikan haji,bererti jemaah itu telah berjaya meraih taraf"haji mabrur".Demikian kesimpulan ulama.
![]() ![]() Jumaat, Januari 19, 2007 BERIBADAH HINGGA NAFAS TERAKHIR...Islam sentiasa menggalakkan umatnya berlumba-lumba dalam melakukan ibadat dan amal kebaikan pada setiap masa.Justeru,tiada istilah menyembah Allah swt mengikut bulan tertentu dan sebaliknya hendaklah berterusan,berkekalan sehingga kenafas yang terakhir.Sebagai peringatan,Allah berfirman:Dan sembahlah Tuhan mu,sehingga datang kepada mu mati.Surah Al-Hijr:Ayat 99.Ada beberapa faktor yang boleh menghalang seseorang daripada ketaatan.Antaranya: 1.Panjang angan-angan: Sifat ini akan membawa kepada malas dalam beribadat,menanggguh-nangguhkan taubat, mencintai dunia dan kekerasan hati,sedangkan hati perlu mengingati mati,soal kubur,akhirat dan lain-lain untuk dilembutkan. 2.Allah swt menegaskan: Janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka,setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut,maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang-orang yang fasik-derhaka.Surah Al-Hadid:Ayat 16. 3.Terlalu meringankan perkara yang diharuskan: Meringankan perkara ini,terutama dalam pemakanan,akan menghalang beribadat dan membawa kepada perkara yang dibenci syarak,iaitu jatuh dalam belengu hawa nafsu.Syaitan pula berperanan menghasut,agar kita berterusan dalam melakukan perkara maksiat. Allah berfirman:Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada mu dan janganlah melampaui batas padanya.Surah Taha:Ayat 81. 4.Jauh daripada suasana keimanan: Iman dapat bertambah jika kita mendekati tempat-tempat ibadat dan begitu juga sebaliknya jika kita menghampiri tempat dan suasana yang kotor dengan maksiat.Nabi saw bersabda: "Sebaik-baik tempat disisi Allah swt adalah masjid-Nya dan seburuk-buruk tempat disisi-Nya adalah pasar-pasar."[Sahih Tagrib wa Tarhib]. Sebagaimana yang kita maklum,masjid adalah pusat ketaatan yang padanya rahmat diturun kan dan disitulah takwa diasaskan.Pasar[termasuk gedung membeli-belah dan bazar]pula tempat berlakunya penipuan,pertengkaran,kejahatan dan pelbagai keburukan lagi. 5.Sentiasa berdoa agar kekal dalam beribadat: Adapun antara faktor yang mendorong kepada ketaatan sifat seorang hamba ialah,dia sentiasa berdoa agar ditetapkan dalam melakukan ketaatan seperti yang Allah swt jelaskan dalam firman-Nya:[Mereka berdoa dengan berkata]:Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesong kan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat dari sisi-Mu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah pemberian-Nya.Surah Ali-Imran:Ayat 8. 6.Mempelbagaikan ibadat harian: Daripada rahmat Allah swt kepada kita,Dia telah menganugerahkan kepelbagaian ibadat untuk hamba-Nya yang terdiri daripada ibadat tubuh badan,pertuturan hati,harta benda dan lain-lain lagi. Allah swt memerintahkan,agar kita berlumba-lumba dalam ibadat dan melarang daripada memperkecilkan sebarang ibadat.Maksud firman-Nya:Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan.Surah Al-Baqarah:Ayat 148. Nabi saw juga bersabda:"Janganlah kamu menghina daripada sesuatu kebaikan itu,walaupun jika bertemu saudara mu hanya dengan wajah yang manis".[Riwayat Muslim]. 7.Mengenang akan nikmat daripada Allah swt: Kehidupan ini amat singkat,umpama siang yang tetap akan di kunjungi malam.Dengan mengetahui hakikat itu,mereka tidak akan lalai dan sentiasa menghabiskan waktu dengan beribadat.Hayatilah maksud ayat ini:Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu,untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:Siapakah diantara kamu yang baik amal nya.Surah Al- Mulk:Ayat 2. Syaitan berjanji akan terus menyesatkan anak Adam dan menjauhkannya daripada taat kepada Allah swt.Semoga Allah swt sentiasa menetapkan hati kita dalam ketaatan kepada-Nya.
![]() ![]() Selasa, Januari 16, 2007 Peranan NafsuDalam diri manusia terdapat beberapa jenis nafsu:Nafsu makan,nafsu minum,nafsu seksual,nafsu tamak,nafsu marah dan sebagainya. Dapat dibayangkan seandainya seseorang,tidak memiliki nafsu makan atau minum,pasti dia tidak ada selera untuk makan dan minum. Jika seseorang tidak memiliki nafsu syahwat,maka hampir dapat dipastikan,bahawa kelangsungan manusia dimuka bumi ini akan punah dan musnah,kerana tiada bernafsu untuk berkahwin. Begitu juga dengan nafsu marah,tentu saja dapat menolong dikala ada sesuatu yang menyusahkan atau merugikan diri. Oleh itu,nafsu yang ada pada diri manusia bukan untuk di lenyapkan sama sekali,tetapi perlu dikendalikan,jangan sampai bertindak yang melampaui batas dan dikuasai syaitan. Orang yang berakal,pasti akan menahan kehendak hawa nafsunya kerana hawa nafsu menggalak kepada kenikmatan,sifatnya yang hanya sementara dan membawa kepada kebinasaan. Hati-hatilah dengan perbuatan zina,kerana zina itu menyebabkan enam akibat,tiga didunia dan tiga diakhirat.Tiga akibat didunia iaitu:Menghilangkan cahaya pada wajah,mengurangi keberkatan rezeki dan cepat binasa serta merana.Tiga akibat diakhirat iaitu:Mendatangkan kemurkaan Allah swt,susah dalam perhitungan amal dan masuk neraka dalam kehinaan. Semoga orang yang terlanjur,melakukan perbuatan keji,mendapat taufiq dan hidayah,sehingga dapat bertaubat juga cenderung beramal soleh.Mudah-mudahan amal tersebut dapat menghapuskan dosa. Surah Fusshilat:54 "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami diserata tempat dialam ini;dan bahkan pada diri mereka sendiri,sehingga menjadi nyata kepada mereka bahawa Al- Quran adalah benar..."
![]() ![]() Tiada Yang Terlewat.Masih Ada Harapan...Islam mahu umatnya bersikap positif dalam hidup.Oleh kerana itu,umat Islam disuruh bersabar dan cekal ketika dilanda ujian.Lebih daripada itu,mereka juga disuruh bersangka baik terhadap Allah swt dan menganggap ujian yang menimpa,mempunyai banyak kebaikan untuk kehidupan mereka.Dengan sikap positif seperti ini,umat Islam mencapai kebaikan didunia dan akhirat.Sesungguh-nya Allah swt mengganjari,mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak,yang tidak dapat dihitung. Kita juga menyedari bahawa dunia adalah tempat ujian dan syurga ialah tempat kesenangan yang abadi.Jesteru umat Islam harus bersedia untuk bersabar dengan segala ujian didunia ini. Pada masa yang sama,mereka harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Dalam surah Al- Baqarah ayat 155 Allah swt berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya Kami pasti menguji mu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
![]() ![]() Akal Dan WahyuRasulullah saw bersabda"Aku tidak menjadikan suatu makhluk yang terlebih mulia disisinya daripada akal."Manusia diperintahkan oleh Allah swt supaya sentiasa memelihara akal dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.Jika setiap tindakan manusia mengikut perhitungan akalnya dan tidak mengikut kehendak hawa nafsunya,maka manusia itu akan mulia dan berjaya dalam perjuangannya. Dengan akal manusia dapat membezakan,antara yang baik dengan yang buruk,antara yang betul dengan yang salah.Dengan akal manusia dapat mencapai ilmu pengetahuan dan kemampuan berfikir. Dengan akal manusia diberi kepercayaan,untuk melaksanakan tugas-tugas pengaturan, pengurusan dan pembangunan,terutama sekali tugas kepimpinan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Maka untuk melaksanakan tugasnya,manusia memerlukan ilmu pengetahuan dan untuk mencapai ilmu itu,Allah swt memberikan akal dan pancaindera.Tetapi untuk kemaslahatan manusia agar tidak sesat,maka Allah swt menurunkan petunjuknya,dengan perantaraan wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Nya. Akal dan petunjuk tersebut saling menyempurnakan.Tanpa akal,manusia tidak akan dapat memahami petunjuk dan tanpa petunjuk,akal mungkin terpengaruh oleh hawa nafsu dan godaan syaitan.
![]() ![]() Perkara BaikHidup kita ini dibimbing Al-Quran dan sunnah.Jadi biarlah kita mengikut cara yang diajarkan pedoman itu.Kita dianjurkan dalam agama islam,supaya belajar dan mengasuh diri menyatakan perkara baik.Banyak sekali anjuran didalam Al-Quran dan hadis,Nabi saw.mengajak manusia supaya mem-perakui perkara baik.Adapun orang yang banyak memberi kejalan kebajikan,serta bertaqwa dan mengakui perkara yang baik,Allah swt.akan memberi kemudahan kepadanya.Adapun orang yang bakhil dan sombong serta mendustakan perkara baik,Allah swt.memudahkan kesengsaraan kepadanya. Jika direnung dengan dalam,betapa halusnya Allah swt.mengajar budi bahasa kepada manusia. Manusia mesti diasuh mengakui perkara baik,yang ada pada diri orang lain.Jika dia tidak mengaku kehebatan orang lain,bererti dia menganggap,hanya dirinya sahaja yang terbaik. Orang yang tidak mahu mengaku dan mengiktiraf kelebihan orang lain,adalah orang yang sombong dan bakhil.Itu yang disebutkan didalam Al-Quran. Perkataan yang baik,mesti dilatih.Umpamanya mengucapkan terima kasih,memberi salam dan menegur sapa kepada perkara yang bermanfaat. Mendidik manusia tidak pernah ada noktah.Semakin dewasa kita,semakin perlu ditanam sifat yang baik.Sedih juga, jika melihat,kadang kala orang tua yang miskin harta,miskin pula budi bahasa.Amat berat mulut mereka menyebut terima kasih,apabila menerima sumbangan yang diberi. Dalam erti kata lain,kita mesti belajar memuji kebaikan orang lain,mengiktiraf kebolehan orang lain serta mengasuh diri,meluahkan perkara baik dengan menghargai kebajikan yang dicurah-kannya.Cubalah melihat kebaikan manusia lain,carilah kebaikan mereka.Pasti anda menemui-nya.Usah hanya memikirkan kekurangannya sahaja.Berfikirlah secara wajar.
![]() ![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |