![]() ![]() |
|||
|
Jumaat, Januari 19, 2007 BERIBADAH HINGGA NAFAS TERAKHIR...Islam sentiasa menggalakkan umatnya berlumba-lumba dalam melakukan ibadat dan amal kebaikan pada setiap masa.Justeru,tiada istilah menyembah Allah swt mengikut bulan tertentu dan sebaliknya hendaklah berterusan,berkekalan sehingga kenafas yang terakhir.Sebagai peringatan,Allah berfirman:Dan sembahlah Tuhan mu,sehingga datang kepada mu mati.Surah Al-Hijr:Ayat 99.Ada beberapa faktor yang boleh menghalang seseorang daripada ketaatan.Antaranya: 1.Panjang angan-angan: Sifat ini akan membawa kepada malas dalam beribadat,menanggguh-nangguhkan taubat, mencintai dunia dan kekerasan hati,sedangkan hati perlu mengingati mati,soal kubur,akhirat dan lain-lain untuk dilembutkan. 2.Allah swt menegaskan: Janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka,setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut,maka hati mereka menjadi keras dan banyak antaranya orang-orang yang fasik-derhaka.Surah Al-Hadid:Ayat 16. 3.Terlalu meringankan perkara yang diharuskan: Meringankan perkara ini,terutama dalam pemakanan,akan menghalang beribadat dan membawa kepada perkara yang dibenci syarak,iaitu jatuh dalam belengu hawa nafsu.Syaitan pula berperanan menghasut,agar kita berterusan dalam melakukan perkara maksiat. Allah berfirman:Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada mu dan janganlah melampaui batas padanya.Surah Taha:Ayat 81. 4.Jauh daripada suasana keimanan: Iman dapat bertambah jika kita mendekati tempat-tempat ibadat dan begitu juga sebaliknya jika kita menghampiri tempat dan suasana yang kotor dengan maksiat.Nabi saw bersabda: "Sebaik-baik tempat disisi Allah swt adalah masjid-Nya dan seburuk-buruk tempat disisi-Nya adalah pasar-pasar."[Sahih Tagrib wa Tarhib]. Sebagaimana yang kita maklum,masjid adalah pusat ketaatan yang padanya rahmat diturun kan dan disitulah takwa diasaskan.Pasar[termasuk gedung membeli-belah dan bazar]pula tempat berlakunya penipuan,pertengkaran,kejahatan dan pelbagai keburukan lagi. 5.Sentiasa berdoa agar kekal dalam beribadat: Adapun antara faktor yang mendorong kepada ketaatan sifat seorang hamba ialah,dia sentiasa berdoa agar ditetapkan dalam melakukan ketaatan seperti yang Allah swt jelaskan dalam firman-Nya:[Mereka berdoa dengan berkata]:Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesong kan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpahan rahmat dari sisi-Mu,sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah pemberian-Nya.Surah Ali-Imran:Ayat 8. 6.Mempelbagaikan ibadat harian: Daripada rahmat Allah swt kepada kita,Dia telah menganugerahkan kepelbagaian ibadat untuk hamba-Nya yang terdiri daripada ibadat tubuh badan,pertuturan hati,harta benda dan lain-lain lagi. Allah swt memerintahkan,agar kita berlumba-lumba dalam ibadat dan melarang daripada memperkecilkan sebarang ibadat.Maksud firman-Nya:Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan.Surah Al-Baqarah:Ayat 148. Nabi saw juga bersabda:"Janganlah kamu menghina daripada sesuatu kebaikan itu,walaupun jika bertemu saudara mu hanya dengan wajah yang manis".[Riwayat Muslim]. 7.Mengenang akan nikmat daripada Allah swt: Kehidupan ini amat singkat,umpama siang yang tetap akan di kunjungi malam.Dengan mengetahui hakikat itu,mereka tidak akan lalai dan sentiasa menghabiskan waktu dengan beribadat.Hayatilah maksud ayat ini:Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu,untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu:Siapakah diantara kamu yang baik amal nya.Surah Al- Mulk:Ayat 2. Syaitan berjanji akan terus menyesatkan anak Adam dan menjauhkannya daripada taat kepada Allah swt.Semoga Allah swt sentiasa menetapkan hati kita dalam ketaatan kepada-Nya.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||