![]() ![]() |
|||
|
Selasa, Januari 23, 2007 MATLAMAT HAJI MABRURUmumnya setiap jemaah berdoa agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna,disamping memperolehi "haji mabrur"[haji yang diterima oleh Allah swt.].Ramai bertanya apakah haji mabrur?Bagaimana memperolehinya?Apakah pula petanda seseorang meraih haji mabrur? Sebenarnya,menghayati falsafah haji dan rahsia didalamnya,dapat membantu jemaah mempersiapkan diri bagi memastikan ibadah itu dilaksanakan dengan sempurna disamping mendapat keredhaan Allah swt. Sebelum bertolak ketanah suci,umat Islam perlu memulakan azam,melatih dan mengubah diri agar dapat membuang sifat negatif dan menghidupkan roh haji.Ibadat haji perlu dilaksanakan dengan niat ikhlas serta ditunaikan secara sempurna. Umat Islam yang memahami hakikat ibadat haji dan melaksanakannya dengan keimanan serta penuh penghayatan akan beroleh kebahagiaan. Lazimnya,saat setiap manusia dilahirkan hingga dia meninggal dunia,ini dipanggil alam"hayyah" [alam dunia].Ia menjadi jawapan atau menentukan kepada balasan yang akan diterima melalui tiga alam lain,iaitu alam kubur,alam kiamat dan alam mahsyar. Jika kehidupan kita didunia,bukan sebagai hamba Allah swt.kita akan menerima tekanan dalam kubur sehingga kiamat.Alam mahsyar pula akan memperlihatkan dua kumpulan manusia, kumpulan yang bermuka putih dan kumpulan yang bermuka hitam. Kumpulan manusia yang bermuka putih kerana mengamalkan ajaran Islam dengan baik, senantiasa membasuh wajah dengan "wuduk"[air sembahyang]disepanjang masa sehingga mereka meninggal dunia.Kumpulan manusia yang bermuka hitam pula,mereka tidak beribadat kepada Allah swt. Gambaran mengenainya,ditegaskan oleh Allah swt. dalam firman -Nya:"Ingatlah akan hari kiamat yang padanya ada muka orang menjadi putih berseri dan ada pula muka orang yang menjadi hitam legam.Adapun orang yang hitam legam mukanya,mereka akan ditanya dengan cara menempelak kepadanya,patutkah kamu kufur ingkar sesudah lama beriman?Oleh itu, rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran itu!"[Surah Ali-Imran:Ayat 106]. Memahami hakikat alam yang dilalui roh,akan menyedarkan umat Islam,bahawa tujuan mereka menunaikan ibadat haji,bukan sahaja untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima,malah sebagai persediaan menempuh alam yang hakiki. Tertib menunaikan ibadah haji untuk memperolehi haji mabrur,merupakan matlamat utama setiap jemaah.Antara adab yang perlu diberikan perhatian adalah niat suci,bertaubat,mencari keredhaan Illahi,perbelanjaan halal,membawa bekalan secukupnya serta meminta maaf daripada anggota keluarga,sahabat handai dan tetangga. Matlamat haji mabrur sebenarnya tidak berakhir ditanah suci.Ia dapat dibuktikan dalam kehidupan sehari-hari setelah jemaah pulang kenegaranya. Andai kehidupan harian jemaah membawa perubahan baik,berbanding sebelum menunaikan haji,bererti jemaah itu telah berjaya meraih taraf"haji mabrur".Demikian kesimpulan ulama.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||