![]() ![]() |
|||
|
Selasa, Januari 16, 2007 Peranan NafsuDalam diri manusia terdapat beberapa jenis nafsu:Nafsu makan,nafsu minum,nafsu seksual,nafsu tamak,nafsu marah dan sebagainya. Dapat dibayangkan seandainya seseorang,tidak memiliki nafsu makan atau minum,pasti dia tidak ada selera untuk makan dan minum. Jika seseorang tidak memiliki nafsu syahwat,maka hampir dapat dipastikan,bahawa kelangsungan manusia dimuka bumi ini akan punah dan musnah,kerana tiada bernafsu untuk berkahwin. Begitu juga dengan nafsu marah,tentu saja dapat menolong dikala ada sesuatu yang menyusahkan atau merugikan diri. Oleh itu,nafsu yang ada pada diri manusia bukan untuk di lenyapkan sama sekali,tetapi perlu dikendalikan,jangan sampai bertindak yang melampaui batas dan dikuasai syaitan. Orang yang berakal,pasti akan menahan kehendak hawa nafsunya kerana hawa nafsu menggalak kepada kenikmatan,sifatnya yang hanya sementara dan membawa kepada kebinasaan. Hati-hatilah dengan perbuatan zina,kerana zina itu menyebabkan enam akibat,tiga didunia dan tiga diakhirat.Tiga akibat didunia iaitu:Menghilangkan cahaya pada wajah,mengurangi keberkatan rezeki dan cepat binasa serta merana.Tiga akibat diakhirat iaitu:Mendatangkan kemurkaan Allah swt,susah dalam perhitungan amal dan masuk neraka dalam kehinaan. Semoga orang yang terlanjur,melakukan perbuatan keji,mendapat taufiq dan hidayah,sehingga dapat bertaubat juga cenderung beramal soleh.Mudah-mudahan amal tersebut dapat menghapuskan dosa. Surah Fusshilat:54 "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami diserata tempat dialam ini;dan bahkan pada diri mereka sendiri,sehingga menjadi nyata kepada mereka bahawa Al- Quran adalah benar..."
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||