![]() ![]() |
|||
|
Selasa, Januari 16, 2007 Perkara BaikHidup kita ini dibimbing Al-Quran dan sunnah.Jadi biarlah kita mengikut cara yang diajarkan pedoman itu.Kita dianjurkan dalam agama islam,supaya belajar dan mengasuh diri menyatakan perkara baik.Banyak sekali anjuran didalam Al-Quran dan hadis,Nabi saw.mengajak manusia supaya mem-perakui perkara baik.Adapun orang yang banyak memberi kejalan kebajikan,serta bertaqwa dan mengakui perkara yang baik,Allah swt.akan memberi kemudahan kepadanya.Adapun orang yang bakhil dan sombong serta mendustakan perkara baik,Allah swt.memudahkan kesengsaraan kepadanya. Jika direnung dengan dalam,betapa halusnya Allah swt.mengajar budi bahasa kepada manusia. Manusia mesti diasuh mengakui perkara baik,yang ada pada diri orang lain.Jika dia tidak mengaku kehebatan orang lain,bererti dia menganggap,hanya dirinya sahaja yang terbaik. Orang yang tidak mahu mengaku dan mengiktiraf kelebihan orang lain,adalah orang yang sombong dan bakhil.Itu yang disebutkan didalam Al-Quran. Perkataan yang baik,mesti dilatih.Umpamanya mengucapkan terima kasih,memberi salam dan menegur sapa kepada perkara yang bermanfaat. Mendidik manusia tidak pernah ada noktah.Semakin dewasa kita,semakin perlu ditanam sifat yang baik.Sedih juga, jika melihat,kadang kala orang tua yang miskin harta,miskin pula budi bahasa.Amat berat mulut mereka menyebut terima kasih,apabila menerima sumbangan yang diberi. Dalam erti kata lain,kita mesti belajar memuji kebaikan orang lain,mengiktiraf kebolehan orang lain serta mengasuh diri,meluahkan perkara baik dengan menghargai kebajikan yang dicurah-kannya.Cubalah melihat kebaikan manusia lain,carilah kebaikan mereka.Pasti anda menemui-nya.Usah hanya memikirkan kekurangannya sahaja.Berfikirlah secara wajar.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||