![]() ![]() |
|||
|
Isnin, Januari 29, 2007 SIFAT-SIFAT MANUSIAMenurut Imam Ghazali dalam kitabnya,Ihyaa Ulumuddin,beliau menerangkan,bahawa punca perbuatan maksiat atau dosa,berasal daripada empat sifat, iaitu:1] Sifat Rububiyah: Daripada kumpulan sifat-sifat ini,muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar seperti riak, sukakan pujian,takbur,cintakan pangkat,kepimpinan dan pengaruh,suka memaksa,sukakan kekayaan,menghina,merendahkan orang lain dan sebagainya. 2] Sifat Syaitaniah: Daripada sifat ini,muncul perangai dengki,zalim,tipu muslihat,mengajak kepada kerosakan, kemungkaran,hipokrit,menyeru kepada bidaah,sesat dan seumpamanya. 3] Sifat Bahimiyah[kebinatangan]: Daripada sifat ini,muncul sikap tamak,rakus,garang,gemar memuaskan syahwat yang menyebabkan,wujudnya perbuatan zina,liwat,homoseks,memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya. 4] Sifat Subuiyah[kebuasan]: Daripada sifat-sifat ini,timbul perbuatan marah,dendam,menceroboh,memaki,bergaduh, membunuh dan memusnahkan harta. Menurut beliau lagi,punca utama daripadanya, mengalir perbuatan-perbuatan dosa keanggota badan dan hati,lantas mewujudkan perbuatan dosa seperti kufur,munafik dan sebagainya. Dosa pula terbahagi kepada pelbagai kategori,seperti dosa hamba terhadap Allah swt,meninggal kan solat,puasa,kewajipan khusus adalah termasuk didalam kategori dosa terhadap Allah swt. Dosa terhadap sesama hamba pula adalah berkaitan dengan hak-hak manusia,seperti tidak membayar zakat,membunuh,merampas harta,memaki,menuduh,memfitnah dan lain-lainnya dan ini terbahagi kepada dua,iaitu dosa besar dan kecil.Antara perihal dosa yang digariskan oleh ulama,sebagai panduan ialah: A] Dosa kecil menjadi besar jika ia dilakukan secara berterusan dan tidak berazam untuk meninggalkannya. B] Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil tetapi sebaliknya jika dianggap besar,maka ia menjadi kecil disisi Allah swt.Ini disebabkan kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpalingnya hati daripada perkara dosa tersebut. C] Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang berilmu dan diikuti oleh masyarakat. Oleh sebab itu,seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa dan menyembunyikan sekiranya terlajak melakukan dosa.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||