![]() ![]() |
|||
|
Ahad, Februari 04, 2007 MANFAATKAN MASAKita selalu didedahkan bahawa dari segi agama,adalah berdosa,jika meninggalkan solat,puasa Ramadhan dan meminum arak tetapi jarang orang mengingatkan bahawa malas itu juga berdosa.Membuang masa juga berdosa.Bahkan bangun lewat diwaktu pagi juga sangat dilarang dalam agama kerana rezeki Allah swt bertambah diwaktu pagi.Perancangan mesti dibuat untuk menjamin masa kita betul-betul dimaksimumkan dan bermanfaat.Aktiviti ini harus merangkumi aktiviti untuk minda,fisikal dan emosional.Seharus nya bagi menjamin tiada masa terluang dan terbuang. Justeru,solat subuh sentiasa dikatakan dalam Al-Quran sebagai salah satu solat yang dihadiri para malaikat dan solat yang terpenting.Oleh sebab itu diwajibkan bersolat diwaktu pagi,satu waktu yang sangat enak tidur dibuai mimpi,selain satu-satunya solat yang ada doa didalamnya. Dalam kesibukan orang berkerja hari ini,ramai yang tidak sempat berdoa selepas solat,walau pun kita digalakkan berbuat demikian.Indahnya solat subuh,sudahpun ada doa didalamnya.Doa nya pula jika dihayati cukup bersifat holistik dan sempurna. Kita memohon hidayat seperti orang yang pernah dihidayatkan,memohon kesihatan sempurna, keberkatan rezeki yang dilimpahkan dan memohon perlindungan daripada segala keburukan demi kebahagiaan.Bukankah ini merupakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan,dalam kehidupan kita?Iaitu hidayah,kesihatan,rezeki,perlindungan keselamatan dan kebahagiaan.Oleh itu jangan sekali-kali terlepas solat subuh! Orang yang berjaya ialah orang yang merencanakan kehidupannya dengan teratur.Allah swt menyebut dalam Al-Quran bahawa Dia suka melihat kerja orang yang beriman itu,tersusun rapi umpama bangunan yang dirancang susunannya.Segalanya teratur. Begitu penting merancang sehinggakan seorang pujangga berkata:"Jika anda gagal merancang sesungguhnya anda merancang untuk gagal".Sudah lama agama menggalakkan kita meletakkan azam baru yang diistilahkan berniat.Setiap pagi bangun dari tidur,mesti ada niat melakukan sesuatu kebaikan dan sebelah malam sebelum tidur,disemak melalui proses muhasabah diri.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||