![]() ![]() |
|||
|
Ahad, Februari 04, 2007 MENCARI KURNIA ALLAH SWT.Dalam surah Al-Jumaah:ayat 10, Allah swt berfirman[bermaksud]:"Apabila telah ditunaikan solat,maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah kepada Allah swt sebanyak-banyaknya,agar kamu beruntung".Dalam surah Al-Qashash:ayat 77, Allah swt pula berfirman:"Carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu[kebahagiaan]kampung akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan daripada[kenikmatan]dunia.Berbuat baiklah kepada orang lain,sebagaimana Allah swt telah berbuat baik kepada mu dan janganlah kamu melakukan kerosakan dimuka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan". Dalam usaha mencari kebahagiaan,kita harus sentiasa ingat bahawa duniawi bukanlah tujuan hidup,kerana kita didunia ini,pada hakikatnya mengembara yang akhirnya pasti pulang kekampung akhirat. Disanalah kita akan tinggal buat selama-lamanya.Bahagia atau bahaya tergantung pada usaha kita semasa hidup didunia ini. Begitu jugalah hakikat hidup orang yang beriman.Menekankan sikap bantu-membantu,demi mewujudkan keuntungan bersama dan tolong-menolong dalam kebajikan yang mengarah kepada keredaan. Nilai keimanan melarang seseorang mengejar keuntungan hanya untuk kepentingan diri sendiri, apa lagi jika merugikan orang lain.Dalam hal ini,Islam menggalakkan agar saling tolong-menolong dan bantu-membantu dalam berbuat kebajikan serta mencegah permusuhan,sebagai mana firman Allah swt dalam surah Al-Maidah:ayat [bermaksud]:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan". Allah swt mengingatkan orang beriman,termaktub dalam surah Al-Hasyr:ayat 18[bermaksud]: "Wahai sekelian orang beriman,bertakwalah kepada Allah swt dan hendaklah tiap-tiap orang memperhatikan apa yang dikerjakannya untuk hari esok". Orang beriman harus mempunyai orientasi kehadapan secara matang.Maka untuk mendukung visi ini memerlukan ketekunan,aktif dan kreatif.Menghargai waktu,efisien,bekerja secara optimal dan produktif.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||