![]() ![]() |
|||
|
Jumaat, Mac 16, 2007 UJIAN DAN GANJARAN ILLAHIManusia ciptaan Allah swt tidak dapat lari daripada setiap ujian-Nya.Bentuk ujian diberi Allah swt ternyata berbeza diantara satu sama lain.Ada manusia diuji dengan musibah dan ada pula dengan kemewahan hidup dengan bersenang-lenang.Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur.Jika manusia ingkar daripada bersabar dan bersyukur,maka Allah swt akan mencabar golongan ini melalui sebuah hadis qudsi bermaksud: "Jika aku menguji kamu dengan kesusahan,kamu tidak mahu bersabar dan jika aku menguji kamu dengan kenikmatan,kamu tidak mahu bersyukur,maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain". Hakikatnya,apa jua pergolakan berlaku dalam hidup,manusia tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan. Jika dilihat,sikap bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur.Lazimnya,manusia yang ditimpa musibah akan menempuh kesusahan,keresahan, tekanan,penderitaan emosi dan sebagainya. Tetapi,bersyukur itu kelihatan mudah dilaksanakan berbanding bersabar kerana lazimnya manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan. Bersyukur bukan semudah melafazkan'Alhamdulillah'.Namun,setiap manusia yang dilimpahi nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan. Selain lidahnya tidak henti melafazkan'Alhamdulillah',hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat yang diterima itu adalah daripada Allah swt.Nikmat itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. Rasa bersyukur itu tidak terhenti setakat dengan pengakuan lidah dan hati saja,malah seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada,perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar wujud dan ternyata. Allah swt memberikan kekayaan material,maka manusia harus mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai-Nya,disamping membantu golongan berhajat yang tidak bernasib baik. Allah swt mengurniakan kesihatan dan kekuatan fizikal,maka ia harus ditonjolkan dengan pelaksanaan ibadat fizikal disamping mengorbankan tenaga yang ada untuk berbakti kejalan kebaikan. Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah swt tanpa menyandarkan segala-galanya sebagai milik dan usaha sendiri.Justeru, pentingnya manusia memahami betapa sukarnya bersyukur seperti dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah[nikmat]kepadamu dan jika kamu mengingkari[nikmat-Ku],maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".[Surah Ibrahim: Ayat 7]. Lazimnya,manusia yang ditimpa musibah akan memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan,sama ada untuk pasrah atau mencabar keadilan Illahi.Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh,tidak mungkin dia menafikan keadilan Allah swt yang memberikan musibah atau kesusahan kepadanya. Selagi manusia memilih untuk taat kepada perintah Allah swt,maka mereka pasti berupaya mengimbangi tuntutan syukur dan sabar dalam diri mereka.
![]() |
![]() Nuur
![]() hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah ![]() bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i ![]() Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya ![]() Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana ![]() Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur ![]() ![]() ![]() Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi ![]() Ogos 2006 ![]() ![]() |
||